Wednesday, January 11, 2017

TUTORIAL MELUKIS MUKA MANUSIA

Apa khabar anda di sana. Ramai pelajar yang mengadu melukis  muka manusia dan figura susah. Mungkin benar bagi yang tidak faham langkah-langkah menghasilkan lukisan. Kali ini saya akan tunjukan cara melukis  muka manusia dengan menggunakan video. Tutorial ini akan mempaparkan dan  menunjukkan cara-cara melukis dari peringkat lakaran asas sehingga ia sempurna dihasilkan. Perhatikan dengan teliti bagaimana proses melukis itu dilakukan. Cikgu harap video ini akan membantu anda menguasai kemahiran melukis muka  manusia dengan berkesan. 




Cikgu percaya tutorial dalam video ini sangat membantu  anda  cara-cara melukis  secara kreatif dan sesuai. Tutorial lain berkaitan dengan  video cara-cara melukis boleh  anda  ikuti melalui laman berikut.


Monday, January 9, 2017

LATIHAN KENDIRI SENI LUKIS

Berita baik kepada peminat  laman GURUSENI  yang dihormati  sekelian. Untuk makluman anda  cikgu  telah  membina  satu laman baharu khusus untuk  anda melakukan LATIHAN KENDIRI SENI LUKIS di rumah. Laman ini akan cikgu update  dari masa kesemasa. Latihan yang diberi akan dipelbagaikan supaya anda mahir melukis pelbagai bentuk benda dan gambar. Tujuan laman ini untuk  anda mengasah bakat melukis secara  sistematik,  berasaskan langkah-langkah yang ditunjukkan. Langkah-langkah yang ditunjukkan berasaskan  rajah dan apa yang perlu anda lakukan ialah, melakukan latihan berasaskan contoh yang diberi. Hantarkan latihan yang telah anda buat kepada cikgu untuk disemak. Saguhati untuk semakan tutorial latihan anda adalah IKHLAS, ikut kemampuan dan keikhlasan anda. Yang penting anda buat latihan  dan cikgu akan buat semakan. Selamat melukis secara kreatif dan bijaksana - GURUSENI.

Thursday, November 27, 2014

KURSUS SENI DIINTERNET

Kursus secara online berbantukan internet ini terbuka semua pelajar,  dan masyarakat umum.  Kursus ini  secara bimbingan MAYA   berbantukan internet  dan komputer. Kursus di GURUSENI terbuka sesiapa sahaja yang berminat.  Rebutlah peluang  ini dengan mendaftarkan diri di GURUSENI menggunakan borang pendaftaran online seperti yang disediakan. Berikut  maklumat kursus boleh disemak melalui butang  navigasi berikut:


MODUL GUNA-NIAGA
KERJAYA
KOMUNIKASI VISUAL
SENI HALUS
KRAF TRADISI







PERTANYAAN
e-mel kepada:
guruseni57@gmail.com
tel: 018-2131067






Wednesday, November 26, 2014

POTENSI HEBAT SENI VISUAL DAN SENI REKA

Perkembangan pesat bidang Seni Reka dan Seni Visual menjadikan bidang ini  mempunyai peluang kerjaya yang sangat tinggi bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Hari ini syarat melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma dan ijazah dalam bidang  Reka bentuk Grafik, Seni Halus, Reka bentuk Fesyen,Reka bentuk digital, Reka bentuk Laman Web,Arkitektur,perlu mempunyai kelulusan cemerlang dalam subjek Pendidikan Seni Visual  pada peringkat SPM atau STPM.Di Malaysia ramai yang berganggapan Pendidikan Seni Visual tidak penting. Hal itu menjadikan pendidikan ini  diabaikan. Sepatutnya pelajaran ini dibuka kepada semua pelajar tidak kira aliran sains atau sastera.