Wednesday, November 26, 2014

POTENSI HEBAT SENI VISUAL DAN SENI REKA

Perkembangan pesat bidang Seni Reka dan Seni Visual menjadikan bidang ini  mempunyai peluang kerjaya yang sangat tinggi bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Hari ini syarat melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma dan ijazah dalam bidang  Reka bentuk Grafik, Seni Halus, Reka bentuk Fesyen,Reka bentuk digital, Reka bentuk Laman Web,Arkitektur,perlu mempunyai kelulusan cemerlang dalam subjek Pendidikan Seni Visual  pada peringkat SPM atau STPM.Di Malaysia ramai yang berganggapan Pendidikan Seni Visual tidak penting. Hal itu menjadikan pendidikan ini  diabaikan. Sepatutnya pelajaran ini dibuka kepada semua pelajar tidak kira aliran sains atau sastera.
          Ramai yang tidak menyedari bidang kerjaya yang berkaitan dengan Seni Visual,Rekaan grafik dan Rekabentuk, Animasi, Pereka Laman Web, Pengiklanan dan sebagainya, mempunyai  potensi kerja yang sangat banyak. Bidang kerjaya ini memerlukan personel kreatif yang mempunyai  kemahiran dan pengetahuan seni yang tinggi. Sejajar dengan itu bidang ini menjanjikan  pendapatan  lumayan. Kerjaya bidang ini mempunyai imej yang setara atau melebihi bidang profesional yang lain.

Laporan daripada  CITY  UNIVERSITI  COLLAGE,Petaling Jaya, Malaysia,  menyatakan Pereka Fesyen,Pereka Grafik, Arkitektur, Pereka Laman Web, Pengarah Seni adalah diantara sektor pekerjaan yang menerima kadar upah yang sangat lumayan. Berasaskan kepada fakta bidang seni adalah satu keperluan dalam pembangunan sahsiah dan tamadun manusia. Bidang ini adalah  pemangkin kepada pemikiran kreatif. Tanpa seni tiadalah kehalusan,tanpa seni tiadalah keindahan, tanpa seni hilanglah budaya, tanpa budaya manusia  ibarat tunggul kayu yang mati. Tiada budaya tiadalah warisan bangsa. Tanpa warisan tiadalah tamadun. 
           GURU SENI dibangunkan bagi menyediakan  latihan, bimbingan dan pendidikan yang barkaitan dengan seni. Selain  itu GURU SENI juga akan memaparkan rencana  dan penulisan yang berkaitan dengan Seni Visual dan Seni Reka. Semoga GURU SENI menjadi wadah yang dapat dikongsi  oleh ahli masyarakat  demi  perkembangan dan kemajuan Seni Visual dan  Seni Reka di Malaysia.
        Semoga maklumat yang terkandung dalam GURU SENI dapat  mencetuskan pemikiran yang berguna demi kebaikan  diri, negara ,bangsa dan agama. 
- EDITOR