Monday, January 9, 2017

LATIHAN KENDIRI SENI LUKIS

Berita baik kepada peminat  laman GURUSENI  yang dihormati  sekelian. Untuk makluman anda  cikgu  telah  membina  satu laman baharu khusus untuk  anda melakukan LATIHAN KENDIRI SENI LUKIS di rumah. Laman ini akan cikgu update  dari masa kesemasa. Latihan yang diberi akan dipelbagaikan supaya anda mahir melukis pelbagai bentuk benda dan gambar. Tujuan laman ini untuk  anda mengasah bakat melukis secara  sistematik,  berasaskan langkah-langkah yang ditunjukkan. Langkah-langkah yang ditunjukkan berasaskan  rajah dan apa yang perlu anda lakukan ialah, melakukan latihan berasaskan contoh yang diberi. Hantarkan latihan yang telah anda buat kepada cikgu untuk disemak. Saguhati untuk semakan tutorial latihan anda adalah IKHLAS, ikut kemampuan dan keikhlasan anda. Yang penting anda buat latihan  dan cikgu akan buat semakan. Selamat melukis secara kreatif dan bijaksana - GURUSENI.