RANGKA KURSUS




Modul kursus GURUSENI direka secara  pembelajaran bersepadu (blended learning) yang menggabungkan elemen teknologi ICT- internet,  pelajar/ peserta kursus dan  tutor   GURU SENI. Melalui pendekatan  pembelajaran  bersepadu, seperti model pembelajaran di bawah peserta kursus akan dapat mempelajari dan mendalami  pengajaran yang disampaikan melalui modul kursus secara lebih berkesan.

MODUL KURSUS YANG DITAWARKAN

Sebanyak  TIGA KELOMPOK  modul latihan telah dibangunkan, iaitu MODUL PELAJAR, MODUL KREATIF dan MODUL GUNA NIAGA.

Modul Pelajar adalah berfokus kepada  pengukuhan kemahiran seni untuk persediaan mengahadapi  peperiksaan seni visual SPM /STPM.

Modul Kreatif pula  memberi fokus kepada bakal peminat, pencinta dan  pencipta seni kreatif dalam perbagai disiplin ilmu untuk tujuan penhasilan karya kreatif untuk kepuasan diri, kerjaya dan sebagainya.

Modul  Guna niaga  adalah modul yang bertujuan memberi panduan kepada bakal peniaga  atau peniaga  bagi menghasilkan  keperluan  imej korporat, seperti logo, jenama pelabelan  dan sebagainya.Modul ini  bersifat informatif  yang mengandungi cadangan- cadangan bagi memilih dan membangun rekaan   penerbitan atau  imej  perniaagaan yang baik.



  • SPM-SKOR SENI VISUAL –A
  • STPM-SKOR SENI VISUAL –A
  • SENI VISUAL- TING 2-3

  • MELUKIS KOMIK
  • MELUKIS KARTUN
  • REKAAN GRAFIK
  • LUKISAN
  • REKAAN ARCA MINIATUR
  • CATAN- CAT AIR
MODUL  GUNA NIAGA

  • REKAAN  BUKU &  MAJALAH
  • REKAAN LOGO
  • REKAAN JENAMA
  • REKAAN LABEL  & PEMBUNGKUSAN
  • REKAAN  KIOSK, GERAI & PREMIS NIAGA



Tel: 018-2131067

e-mel: guruseni57@gmail.com