Info -SENI HALUS

Makna Seni Halus 
Lukisan yang menggunakan pensil & arang
Seni halus itu  dapat ditafsirkan sebagai kegiatan melahirkan perasaan dan idea melalui rekaan seni yang berbentuk lukisan, catan, cetakan dan  binaan arca. Rekaan seni halus biasanya dipamerkan di galeri seni, ruang tamu, dewan dan pelbagai tempat awam.
             Karya lukisan (drawing) biasanya dilukis diatas permukaan kertas yang rata dengan menggunakan arang, pensil, atau pena. Lukisan  dihasilkan  berasaskan tema yang dilukis secara lakaran, lorekan, sapuan dan gosokan  seperti bentuk  model yang digunakan. Katakan jika model yang digunakan beberapa biji buah dalam bakul, maka lukisan yang dihasilkan juga menggambarkan benda yang sama. Ketika proses menghasikan karya itu pelukis akan  menggabungkan perasaan, idea dan imajinasi didalam karyanya. Kerana itu jika model yang sama dihasilkan oleh sepuluh orang pelukis, maka kita dapat  sepuluh lukisan yang berbeza dari segi bentuk, sudut pandangan, gaya lorekan dan teknik sapuan yang digunakan. Keindahan sesuatu lukisan  bergantung kepada kehalusan serta ketelitian kerja yang dilakukan oleh pelukis.
Tema: Kota Melawati : Teknik Lukisan, yang menggunakan arang,


catan yang  menggunakan warna akrilik, tema- pertarungan
             Catan biasanya dilukis dengan menggunakan bahan bewarna seperti cat air atau cat minyak. Cat air menggunakan kertas sebagai  tapak karya. Manakala Cat Minyak menggunakan kain kanvas yang dicat dengan undercoat, yang di regang pada pemidang kayu. Tiap karya catan dilukis berasaskan tema seperti lanskap, binatang, manusia, tumbuhan dan sebagainya. Yang membezakan sesuatu karya catan itu adalah disebabkan kehalusan kerja seni yang dihasilkan oleh pelukis melalui olahan  teknik, tema, serta media cat yang digunakan. Beberapa pelukis agung Eropah yang pernah menghasilkan karya yang hebat seperti Leodardo da Venci dengan catan Mona Lisa, Albert Durer dengan cat air 'The Great Piece of Turf'. Di Malaysia diantara pulukis cat air yang terkenal seperl Razali Buyong, Husssein Enas, Abdulah Arif , Tay Hoi Keat dan lain-lain lagi.


            Cetakan adalah karya seni halus yang dihasilkan melalui terapan blok atau plat di atas permukaan kertas, kain dan sebagainya. Seni ini telah berkembang di Eropah sejak abad ke 14. lagi .Terdapat beberapa jenis plat yang digunakan untuk menghasilkan imej cetakan seperti kayu, logam, getah, lino, playwood dan sebagainya. Untuk menghasilkan imej diatas permukaan plat ia dilakukan dengan cara mengguris, mengukir, memotong, menebuk dengan pelbagai teknik supaya menghasilkan imej yang cantik dan menarik.
            Arca adalah karya seni halus yang berbentuk binaan. Karya arca boleh dinikmati dari pelbagai sudut.Sejarah awal seni halus arca telah bermula sejak 4500 yang lampau dengan penemuan patung CYCLADIC di sebuah pulau di Laut Aegean. Pelbagai  teknik digunakan untuk menghasilkan arca, seperti dengan cara memotong, mengukir, mengikat, menambah, mensepuh dan sebagainya. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan arca seperti batu, kayu, besi, kertas, logam dan sebagainya. Arca boleh dihasilkan secara statik, digantung atau bergerak.